Pantun

      Perkataan pantun dikatakan berasal daripada perkataan Bahasa Sankskrit paribhasya atau Bahasa Jawa parik yang bererti pari atau peribahasa dalam Bahasa Melayu. Antara penulisan klassik Tamil yang mempunyai bentuk pantun telah dikarang antara kurun ke dua hingga kurun ke lima dalam tempoh cankam.

Contoh rangkapnya adalah:-
nilattinum perite vaninum uyarntanru
nirinum arala vinre carar
karunkor kurincip pukkontu
perunte nilaikkum natanotu natpe
(Tevakulattar: Kuruntokai, 3)

Terjemahan
(Besar dari bumi, tinggi dari langit
Dalam dari laut, dilereng gunung
(kurunci tangkai gelap mekar - seperti madu
Besar lagi cintaku bagi Tuanku (lord of the land))

       Antara persamaan yang boleh dilihat adalah ia menggunakan puisi sebagai gambaran cinta, mempunyai jumlah silables sekata setiap baris, dan pecahan gambaran pada dua baris yang sama. Menurut Dr. Brandsetter pula, perkataan 'pantun' berasal daripada akar kata tun yang boleh dikesan dalam Bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam Bahasa Tagalog disebut tonton yang diucapkan dalam aturan yang tertentu. Dalam Bahasa Sunda, pantun bermaksud satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Manakala dalam masyarakat Melayu pula, pantun bererti kuantrain, iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap.
     Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada bentuk/struktur, tema/isi, fungsi dan penyebarannya. Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan sebagainya. Dari segi tema pula memunculkan jenis-jenis pantun seperti yang berikut:

pantun kanak-kanak
pantun cinta dan kasih sayang
telatah dan cara hidup masyarakat
pantun teka teki
pantun puji-pujian/sambutan
pantun nasihat, agama, dan adat
pantun naratif/cerita

Contoh pantun cinta dan kasih sayang:

Dari Mentakab ke Sungai Mati,
Singgah bermalam di Tangga Batu,
Tumpang di rumah Tok Lela;
Timbullah insaf di dalam hati,
Pemandu ramai penumpang pula tetap setia

Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_Melayu


Penulis : willybadawihardjono ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Pantun ini dipublish oleh willybadawihardjono pada hari Jumat, 05 Juli 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Pantun
 

0 komentar:

Posting Komentar